BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 1, 2010

Kasih Tercurah selamanya.....


ini lah wajah-wajah insan tersayang...teramat penting dalam hidupku..mereka lah penguat semangatku setiap hari, setiap saat...detik waktu yang ku lalui...hati ini sentiasa berdoa semoga insan-insan ini akan sentiasa dalam keberkatan Allah selamanya...


Abang....percayalah dan jangan sesekali meragui cinta dan ketulusan hati ku...biarla ain isteri abg di dunia dan bidadari abg di syurga nanti...amin...


Anak2 ku...kalian berdua amat bermakna buat kami...kehadiranmu membuat hidup lebih bererti dan sempurna sekali....hidup bertambah ceria dan bahagia selalu...doa mama papa semoga kalian sihat sejahtera..diberi kekuatan iman..kecerdasan akal fikiran dan kesihatan yang berpanjangan..banyak lagi yang mama papa nak sampaikan buat kalain...tp yang penting...anak2 ku "kau la ratu hati ku"....

Monday, June 15, 2009

Mari kita GELAK bersama

STORY 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..
*************************
STORY 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya. lelaki : ?????
************************
STORY 3
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........ Benci .........
***********************
STORY 4
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!
***********************
STORY 5
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

Monday, May 25, 2009

Apa itu JANNATUL AJILAH?

Kita jarang mendengar dan menggunakan perkataan ini...JANNATUL AJILAH...selalu kita akan jumpa perkataan BAITI JANNATI..

"Jannatul Ajilah" adalah syurga yang di dahulukan. Apa syurga yang di dahulukan? Di mana syurga tu? Boleh nampak ke? Boleh rasa ke?

Selalunya orang akan cakap syurga dunia..tu la Jannatul Ajilah iaitu syurga yang di dahulukan. Bagi semua orang muslim yang beriman, allah telah menjanjikan syurga kepada semua umatnya. Tetapi sebelum kita menuju ke syurga yang abadi dan pasti nikmatnya, kita juga boleh berusaha untuk merasainya sekarang. Bagaimana??????? Saya akan berkongsi ilmu dari sudut wanita Islam...

Sahabat-sahabat...wanita yang bergelar ISTERI adalah umat Muhammad yang paling senang masuk syurga, apa yang perlu dilakukan adalah...

PERTAMA : TAAT KEPADA SUAMI.
Rasulullah pernah bersabda "Jika aku boleh memberi hak kepada manusia untuk bersujud kepada manusia lain, maka aku akan suruh isteri sujud kepada suaminya"...dengan kata mudah layan dan berilah perhatian mu sebagai isteri kepada suamimu selagi permintaan tidak melanggar kehendak syarak.

KEDUA : BERIBADAT KEPADA ALLAH
Banyakkan lah beribadat kepada Allah dan yang paling penting jangan tinggal amalan yang wajib. Bagi amalan sunat isteri perlu minta kebenaran suami untuk melakukannya. Tapi kalau benda baik tak suami tak bagi kan!

KETIGA : MENJAGA AMANAH
Apa yang dikatakan sebagai menjaga amanah? Bagi isteri anak-anak, maruah keluarga dan harta suami merupakan amanah paling besar dari suami yang perlu dijaga oleh isterinya. Jadi sebagai isteri peliharalah diri Mu, anak-anak Mu, ibu bapa suami Mu, ibu bapa Mu dan harta suami Mu, jangan sampai dicerobohi.

Oleh itu kita boleh merasai nikmat di syurga itu dari alam dunia ni..hiasi rumahtangga dengan cahaya iman, penuhi dengan kasih sayang, sirami dengan keikhlasan dan kejujuran. Yang penting kita kena bersyukur...ALHAMDULILLAH...

Firman Allah yang bermaksud :"Jika kau bersyukur maka akan Ku tambahkan lagi, tetapi jika kau kufur, sesungguhnya azab Allah itu amat pedih balasannya"

Mari sama-sama kita renungi diri ini..binalah keluarga bahagia.

LOVE U MY BIE n BOTH MY GIRLS

Tuesday, May 12, 2009

Menjelang Hari Lahir Mu...




Bulan MEI adalah bulan kelahiran untuk suami tercinta...Setiap hari aku sentiasa memanjatkan doa kepada yang Maha Esa agar suamiku sentiasa dilindungi...limpahilah hidupnya dengan kasih sayang, berilah kesihatan yang berpanjangan, dikuatkan iman, ditingkatkan kesabaran, dipelihara akhlak. Ya Allah jadikan suamiku suami yang soleh kepada isteri yang solehah dan bapa mithali kepada anak-anak yang solehah. Ya Allah lindungi dan jauhilah suamiku dari segala fitnah dunia dan akhirat. Ya Allah panjangkan umur suamiku agar kami dapat sama-sama menjaga amanahmu dengan cemerlang dunia akhirat.Semoga Allah makbulkan doaku..




Abg, selamat menyambut hari lahir mu yang bakal mendatang pada 18 Mei ini, Ain dan anak-anak sayang kat abg...




................"Happy Birthday to you.....Happy Birthday to you......Happy Birthday to sayang.....Happy Birthday to you"....................

Tuesday, May 5, 2009

nak SIHAT???nak FULUS??? nak tahu rahsia......





Rasulullah SAW berpesan kepada umatnya...


"Wahai umatku, jangan tinggalkan 3 benda dalam makanan harian kamu iaitu susu, tamar dan madu..."

Sebab tu, aku yakin bahawa susu akan memberi khasiat pada tubuh kita. Cuba kalian jawab beberapa persoalan ini...

SATU - Apakah makanan pertama bayi selepas dilahirkan?

DUA - Untuk mengelakkan dari kerapuhan tulang, apa yang disyorkan oleh doktor kepada kita?

TIGA - Dari mana kita boleh dapat keperluan kolestrom dan kalsium paling baik untuk badan kita?

Tentu anda pernah melihat tin susu di atas. Inilah susu "ALPHA LIPID". Jika anda pernah mengamalkan susu ini, pasti anda yakin dengan khasiatnya.

Wahai sahabat-sahabatku sekalian...aku tak nak kedekut ilmu,ada sikit kita kongsi sama..

"KOLESTROM adalah susu awal yang hanya boleh diperolehi dari mamalia yang baru melahirkan. Ia penting untuk badan kita supaya antibodi badan kuat dan tahan dari serangan penyakit. Jika kita buat perbandingan anak yang mendapat khasiat susu ibu dengan anak yang tidak mendapat khasiat susu ibu. Kesian anak yang tidak mendapat khasiat susu ibu itu..mudah diserang penyakit kerana antibodi yang lengkap terdapat dalam bancuhan susu ibu yang diberi oleh Allah. Tapi semakin kita dewasa, antibodi akan semakin hilang. Di mana kita boleh memperolehinya, tak mungkin kita mahu meminta susu dari ibu...jadi...Jawapannya..penemuan rumusan terbaik ALPHA LIPID sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, dari bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa hinggalah ke warga emas. Selain itu rumusan susu ini juga boleh membantu kita mencegah dari serangan kanser. Jadi marilah kita rasai khasiatnya..anda dan keluarga pasti setuju."

Dan kalian jangan risau, kerana susu ini telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan mendapat sijil HALAL.

Tadi cerita nak sihat..sekarang cerita pasal fulus lak, hanya bermodalkan RM4500 anda akan mendapat 30 tin susu terus ke alamat anda kerana anda telah dilantik sebagai SUPERVISOR. Kiraan yang mudah habis anda jual 30 tin tu..anda dapatla balik modal yang anda labur dengan untung runcit iaitu RM900 + RM300 (bonus dari syarikat)..amacam senang kan! MUDAH & MENGUNTUNGKAN...okey, untuk tin yang berikutnya, anda akan dapat lagi banyak untung. Kalau nak tahu mari sertai saya...

Oleh itu mari kita jadi SIHAT dan KAYA bersama saya dan "GENG ALPHA LIPID"
****beri komen dan nombor telefon anda, jika berminat******

Buah Hati Kami
















Lambang keutuhan cinta kami.......
Anak-anakku...semoga kalian membesar dengan sihat, gembira dan penuh keberkatan. Mama & Papa sayang yang tiada nilainya terhadap kalian.
Asmaa' Nur Izzati binti Affendi Rajini Khan
Asyfaa' Nur Zafeerah binti Affendi Rajini Khan

EPILOG SEBUAH CINTA


Bila sebut pasal CINTA pasti banyak kenagan yang mencuit perasaan mahupun mengguris perasaan sanubari. Semua ada sejarah..semua ada kenangan..semua ada epilog yang tersendiri. Cinta yang suci murni, ikhlas dari hati sanubari yang tulus amat sukar didapati..mengapa?????


MUNGKIN...Anda juga tidak memberi cinta yang ikhlas dan suci kepada pasangan anda.


MUNGKIN...Anda tidak pernah rasa puas dan syukur dengan apa yang anda dah dapat..kalau boleh nak try yang lain pulak!..ada ke patut?


MUNGKIN...Anda tidak mempunyai hubungan yang akrab dengan Maha Pencipta sekalian alam.


MUNGKIN...Anda tidak jujur, terlalu banyak yang diselindungkan. Hahaaaa jangan cuba tau! kesannya...bahaya.


MUNGKIN...Apa yang yang buat tidak sampai ke dalam hati sanubari pasangan anda.


Jika semua di atas tiada yang MUNGKIN bagi anda....


"Renungilah kehidupan ini bukanlah satu episod hidup yang akan kekal selamanya..kehidupan sebuah rumahtangga adalah satu perjudian yang kita tidak pernah tahu untung nasibnya. Apa yang boleh kita lakukan adalah sentiasa buat yang terbaik untuk rumahtangga kita, sentiasa semai rasa cinta, kasih dan selalu rindu merindui...Hargai apa yang kita ada hari ini dan jangan sesekali tunggu esok kerana belum tentu esok adalah milik kita. Terus berdoa dan meminta dari Allah..sesungguhnya Allah suka kepada hambaNYA yang sentiasa meminta-minta dan merayu pertolongan dariNYA"....


Mari kita terus....BERCINTA...BERKASIH SAYANG..SALING MERINDUI...


I LOVE U MY HUBBY...sesungguhnya cinta ini adalah untukmu sayang..